Bahagian A
Berdasarkan
gambar di bawah. Bina lima ayat
tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
1.
Encik Lim membaca surat khabar yang baharu
dibelinya di kedai berdekatan rumahnya dengan penuh perhatian.
2.
Anak bongsunya sedang bermain kereta mainan
yang digemarinya di atas lantai.
3.
Puan Lee Koi yang duduk bersebelahan dengan
anak perempuannya menjahit pakaian sambil memerhatikan anak bongsunya.
4.
Amisah yang duduk di sofa sambil memeluk bantal sedang
menonton rancangan kegemarannya.
5.
Ah Seng sedang menggunakan komputer untuk
mendapatkan maklumat bagi menyiapakan projek sekolahnya.
Format ayat-ayat berikut adalah mengikut gaya penulisan ayat majmuk pancangan, ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk campuran.
Bahagian B
Poster di bawah
menunjukkan kepentingan amalan membaca. Tulis huraian pendek berkenaan poster
tersebut.
Amalan membaca di kalangan rakyat
Malaysia perlulah disemai dari masa kecil lagi. Membaca buku penting kepada
kita kerana dengan membaca kita boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah. Bahan-bahan bacaan contohnya surat khabar, komik, majalah dan novel
akan membantu kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, membaca juga
boleh membantu kita untuk mendapat maklumat yang terkini. Contohnya kita boleh
membaca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di
persekitaran kita. Di samping kebaikan membaca, terdapat juga impak negatif
hasil daripada pembacaan. Membaca secara keterlaluan boleh merosakkan pandangan
mata dan melemahkan tubuh badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu melakukan
aktiviti senaman lain untuk mencerdaskan otak kita. Hal yang demikian akan
membantu kita untuk memproses maklumat yang kita terima dengan lebih berkesan.
Pengenalan
Amalan membaca di kalangan rakyat
Malaysia perlulah disemai dari masa kecil lagi.
Isi penting (isi tersurat)
Membaca buku penting kepada kita kerana dengan membaca kita
boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Bahan-bahan bacaan contohnya surat khabar, komik, majalah dan
novel akan membantu kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca juga boleh membantu kita untuk mendapat
maklumat yang terkini.
Contohnya kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui
isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran kita.
Isi penting (isi tersirat)
Di samping kebaikan membaca,
terdapat juga impak negatif hasil daripada pembacaan.
Membaca secara keterlaluan boleh
merosakkan pandangan mata dan melemahkan tubuh badan kita.
Oleh sebab itu, kita perlu
melakukan aktiviti senaman lain untuk mencerdaskan otak kita.
Hal yang demikian akan membantu
kita untuk memproses maklumat yang kita terima dengan lebih berkesan.
Bahagian C
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk "Aku Sebiji Bola".
Rangka Karangan
Dilahirkan di sebuah kilang-benduk badan aku dan nama.
Isi-isi
Penutup
Karangan lengkap
Aku bernama Ray. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Putatan, Sabah. Badan aku dibuat daripada getah dan dijahit elok-elok.
Semua orang sangat suka akan aku. Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut menyebabkan perut aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang. Aku sangat berguna untuk mengisi masa lapang manusia.
Badanku berwarna merah dan hitam. Setelah aku siap diproses, aku dihantar k sebuah kedai peralatan di Kota Kinabalu. Apabila aku sampai di kedai itu, aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca. Seorang budak lelaki datang ke kedai itu untuk mencari sebiji bola. Dia tertarik akan bentuk dan warnaku yang cantik. Aku dibeli oleh budak itu dengan harga RM60. Selesai membayar wang, aku dibawa pulang oleh budak tersebut ke rumahya.
Nama tuan aku, Jeremy Jalon. Dia belajar di SJK(C) Chung Hwa, Kota Belud. Setiap petang, tuan aku membawa aku ke padang. Di sana, Jeremy dan kawan-kawannya bermain dengan menggunakan aku. Aku disepak, ditanduk, ditangkap dan dilambung. Walaupun begitu, aku tetap bersabar kerana itulah tujuan aku dijadikan.
Lama-kelamaan, kulit luar aku lusuh. Apabila tuan aku mengisi angin ke dalam badan aku, perut aku tidak kembung ladi. Tuanku berasa kecewa. Akhirnya, aku dibuang ke dalam tong sampah berhampiran rumah tuanku. Maka, berakhirlah riwayat hidup aku sebagai sebiji bola.
Bahagian C
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk "Aku Sebiji Bola".
Rangka Karangan
Dilahirkan di sebuah kilang-benduk badan aku dan nama.
Isi-isi
- Siap diproses dan dihantar ke sebuah kilang.
- Dipamerkan dan harga-dibeli oleh seorang budak.
- Dimainkan di padang-disepak, ditanduk, ditangkap, dan dilambung.
- Dicuci dan disimpan di dalam stor.
Penutup
- Perut aku menjadi kempis-aku dibuang